Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu



Syarat- Syaratnya :

  1. Buat Entri tajuk yang sama.
  2. Macam biasa copy banner yang comel gila diatas tu dan linkkan ke entri ini.
  3. Terpulang korang nak follow ke tak blog Istana Cinta Tengku Puteri dan Ini Cerita Puan Kutu. Tiada paksaan yang boleh bikin korang radang hati kata Puteri.hehe.
  4. Karangkan kisah dongeng kreatif yang pendek. Pastikan watak Tengku Puteri dan Puan Kutu ada dalam cerita tersebut. Kisah dongeng mestilah happy ending. Ikut korang nak buat cerita macam mana pun. Tak kisah pendek ke panjang. Cerita yang menarik perhatian juri akan dikira sebagai pemenang. Contoh karangan di SINI.
  5. Tarikh tutup adalah pada 17 Okt 2011 Insyaallah genap sebulan contest nie berlangsung. 
  6. Jangan lupa tinggalkan link di ruangan komen.



jangan marah bila baca yea :)


Diceritakan pada zaman dahulu, ada sebuah negeri di kayangan yang bernama Istana Cinta. Negeri itu diperintah oleh nenek kebayan yang sangat zalim.

Nenek kebayan itu berwajah yang sungguh menakutkan. Dia juga mempunyai kuasa sihir yang sangat hebat.Semua hamba rakyat takut akan kuasa ajaibnya. Sehingga diceritakan tidak ada seorang pun yang sanggup melanggar arahannya.

Nenek kebayan tersebut mempunyai beberapa pembantu yang cukup setia. Yoe merupakan orang yang dipercayainya.

"Wahai pembantuku Yoe, adakah apa-apa perkhabaran buruk yang diperkatakan oleh hamba rakyat terhadap beta?" tanya nenek kebayan.

"Ada tuanku. Seorang hamba rakyat cuba melanggar perintah tuanku. Puan Kutu namanya." kata Yoe dengan bangganya. Hidungnya diangkat tinggi mengharapkan pujian.

"Cisss......., siapakah yang berani melawan beta! Tidak takutkah mereka dengan kuasa magic beta yang power ini? beta akan hapuskan sesiapa sahaja yang berani menentang beta." Marah betul nenek kebayan.

"Molek benar tuanku. Orang macam itu tak patut dibiarkan berada di negeri Istana Cinta."bodek Yoe lagi.

Diceritakan pada suatu hari, Puan Kutu hendak ke bendang untuk menangkap ikan keli. Ketika asyik berjalan sambil menyanyi lagu 'Bujang Senang' tiba-tiba satu kepulan asap yang hitam dan tebal muncul. Asap itu terus menyelubungi Puan KutuPuan Kutu menjadi panik. Dia terjatuh dan pengsan.

Setelah tersedar, Puan Kutu mendapati dirinya berada di rumah Yoe.

"Mengapa aku berada di dapur ni? Dahlah busuk dan bersepah dengan tong gas, kuali besar, meja makan, cerek elektrik dan macam-macam lagi." kata Puan Kutu.

"Oooooiiiiiii Puan Kutu....ko pun sampai sini jugak." Sampuk satu suara.

"Siapa tu? tanya Puan Kutu ketakutan.

"Akulah.... Tuan Puteri, yang dok ujung kampung tu.

Tuan Puteri?....mana ko, aku tak nampak pun?

"Aku kat sini laaaa....."kata Tuan Puteri sambil menggerakkan dirinya.

"Ha...hahhahahhhhahhh...hihihii, buruk betul ko kalu jadi kuali" gelak Puan Kutu.

"Ooooooo......gelak besar nampakkkkk, ko yang jadi peti sejuk tu tak buruk ke? perli Tuan Puteri.

"Whattttttt....... aku pun bertukar ke? Celaka punya nenek kebayan. Aku yang cantik ni ditukar jadi peti sejuk. Mesti kerja Yoe ni sebab umah dia tak de peti sejuk lagi." Marah Puan Kutu.



TAMAT !


Contest ini adalah anjuran  Tengku Puteri & Puan kutu dan hadiah utama di taja oleh tetikusrusak.net


p/s : sori..watak Tuan Puteri sikit aje..hehe



Hadiah (6 pemenang) yang bakal korang menangi : 

  • Tempat 2 
  • - Simple header doodle + Doodle as request + Topup RM10.
  • Tempat 3 
  • - Doodle shoutbox + Doodle as request + Topup RM 5.
  • Tempat 4 
  • - Doodle as request + Simple Header from aku.
  • 2 hadiah sagu hati
  •  doodle single.

2 comments:

  1. haha jadi peti ais.byk kegunaan tu.kehkeh..tq sudi join dan gudluck.mitak tolong edit sbb ada syarat tambahan utk masukkan penaja dlm entri yer..tq

    ReplyDelete